JellyPages.com

Wednesday, April 14, 2010

Rahsia solat..tahukah anda?

Sesungguhnya ada sebab disebalik tuntutan islam ke atas umatnye. Islam telah mengatur baik segala tuntutan dan larangan yg wajib dipatuhi oleh umat islam sekalian alam terumanya tuntutan mendirikan solat. Ramai yg tidak menyedari hakikat bahawa solat memberi impak yg besar kerana setiap rukun solat mempunyai kelebihan yg trsndri yg boleh membntu kita mmbuat persiapan menuju ke alam akhirat yg kekal abadi. Berikut adalah rahsianya....

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar..
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Subhanallah..walaupun gerakan di dlm solat tidak sukar dilakukan namun msh ada segelintir muslim yg begitu liat utk menunaikn solat. Jika mereka mmbc rhsia ini dptkh mngrkkn hati mereka utk mndirikn solat? Jgnlh anda meninggalkn rukun islam ini kerana ia dpt mmbntu kita di akhirat kelak..sesunnguhnya jnji Allah sentiasa benar...

Saturday, April 10, 2010

Cerita Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a…berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang… O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni… cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak’ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : “Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU”
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,sesungguhnye dorg ni da lm idup n bnyk pglmn) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA…

Tuesday, April 6, 2010

Kisah tempayan retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di
mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar
di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan
yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu
selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan
panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan
yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut
air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke
rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak
retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat
menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si
tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas
ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya
dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si
tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;
” Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin
memohon maaf. ”
” Kenapa? ” tanya si pengangkut air.
” Kenapa kamu berasa malu? ”
” Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa
setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa
kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini
membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang
perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya
telah membuatmu rugi ” , kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;
” Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu
memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. ”
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak
memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada
bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu
membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir
perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali
meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.
Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;
” Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah
di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang
jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku
telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku
manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di
sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan
pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan
mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah
memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja
majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak
akan dapat menghias rumahnya seindah ini. ”
Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan
dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan
retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang
terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut
akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit
kekuatan yang kita belum temui.
“renung2kanlah..”