dlm duk sdp2 bc blog org,trjmpa la 1 artikel nieh...cm best je..so dgn tnpa meminta izin empunya blog ku terus merompak artikel ni msk blog aK..haha..tp really2 menarik minat ak tuk mmbc coz closely related about SIFAT YG SPTTNYE AD PD SEORG WANITA....dan smmgnya dsbbkn ak ni seorg wanita..hehe..slmt mmbc....
Assalamualaikum wbt..
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda  yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian  tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas  mereka sifat malu." 
(Hadis riwayat Baihaqi) 
Wanita,
Apapun  yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, 
kalau dia berbuat  baik, dikagumi
apabila berbuat jahat diminati
apabila  dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan
apabila  berpakaian tidak menutup aurat dilihat menggoda 
senang  cerita, semua yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian 
Oleh  sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan  sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang  tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang  nampak. Kalau hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya. Kalau  hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengushanya 
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam  tindak-tanduk seorang wanita. Tapi yang jenis tak tahu malu pasti tidak  memepudilakan akan itu semua. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau  orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan  mungkin mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan  begitu.
Sifat malu itu adalah pokok akhlak  yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat  malu ini di atas neraca akal sekali pun sudah mengakui sebagai suatu  sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Ambillah contoh sepreti  yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepada  puterinya Saidatina Fatimah Az Zahra bahawa setiap wanita hendaklah  mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek:
awalan 
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh (selamat  mencuba) Ini boleh diibaratkan bahawa  wanita perlu mempunyai perasaan malu (malu pada tempatnya).
tsaanian, 
Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk  mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri  dan maruah sebagai seorang wanita muslim 
taasi'an,  
Pohon semalu juga mempunyai akar  tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita  solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah 
wa akhiiran
Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya  apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke  rumahmu apabila waktu semakin senja
jd skrg istilah wanita diibaratkn sebagai bunga mawar da takleh pkai la ek? da tkr jd semalu lak..huhu..bru ku menyedari tumbuhan pemalu tersebut sebenarnye mmbrikn gmbrn trhdp wanita...tp ak prnh dgr cite pokok semalu tu asalnya dari puteri raja yg disumpah..herm...ak pn tak tau la..wallahualam...bg wanita2 yg bc post ni sila jdkn teladan yg perlu diikuti dan renungan..laki2 pn blh gk klu nk ikt especially part yg last skali tuh..huhu.. p/s 4 lelaki:carilah seorg wanita utk dijadikn isteri berdasarkn ciri2 di ats... :)
sekian...assalamualaikum..
Friday, March 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment